Pages - Menu

Tuesday 18 September 2012

PEMASARAN: AYAT PROMOSI POWER!!!!

Pemasaran adalah berkaitan dengan psychology. (saikologi)

Wah! Saya dah temui ‘barang panas”.

Serius ni, anda harus faham yang pelanggan anda adalah ‘insan’, jadi produk yang anda jual haruslah boleh dinilai oleh pelanggan sebagai seorang insan yang punya hak untuk membeli ataupun tidak.

Hari ini cara pemasaran menfokuskan secara eksklusif terhadap personal dan perhubungan saikologi antara penjual (anda) dan pelanggan yang mana pembelian adalah salah satu reaksi dan lambang terakhir dalam satu proses yang rumit.

3 PERKATAAN "AJAIB"

 1) Gunakan perkataan “cepat” . Orang ingin keputusan yang cepat, penghantaran cepat dan yang sewaktu dengannya. Sekarang ini masa adalah diutamakan.

2) Gunakan perkataan “dijamin”. Orang ingin dijamin yang mereka tidak mengambil risiko dan akan membeli produk yang ada jaminan.

Sebagai contoh, jaminan dari pelanggan yang berpuashati menggunakan produk anda akan meningkatkan tahap keyakinan dari bakal pelanggan anda.

3) Guna perkataan ‘percuma/free/bebas’. Orang mahukan kebebasan untuk melakukan pembelian. Sebagai contoh “Anda bebas untuk membuat keputusan samada untuk membeli produk ini atau tidak.”














No comments:

Post a Comment

Sila Komen yang baik-baik ye^^
Terima Kasih atas komen anda^^
Sila Komen lagi~_^